Tuesday, June 30, 2009

sejuk sejuk

hai semua. aku tiba tiba terasa nak menulis sesuatu. tapi aku sendiri tak tahu apa yang patut aku kongsikan.
-buntu-

*sayanglah orang yang anda sayangi walau apa pun.*

Tuesday, June 23, 2009

1956

Rabu, 24 Jun 2009. satu lagi mimpi pelik aku lalui...
Kali ini bukanlah sesuatu yang indah, tapi sesuatu yang sangat menarik!
Haha..Aku dapat balik ke tahun 1956! Kalau dikira, pada tahun itu, abah aku pun baru berusia 8tahun. Seronok btol la! :)

Thursday, June 18, 2009

indah~

Hari ini hari Jumaat, 19 Jun 2009.

Malam tadi masa tidur, aku mimpi sesuatu yang sangat indah.
Aku mimpi pergi ke satu tempat yang hijau dan penuh dengan kabus yang sama macam awan.
Dalam satu satu kelompok kecil yang aku boleh pegang. Ia berada di celah2 rumput yang sangat hijau! Sangat bahagia! Udaranya sangat nyaman dan aku masih mampu membayangkan apa yang dimimpikan, bahkan aku dapat merasa betapa nyamannya setiap hela nafas yang aku sedut.
:)

Thursday, June 11, 2009

:)

Hari ini aku tergerak hati untuk menulis dan tulisan aku kali ini diterjemahkan dengan visual yang bersifat formal. Harap sifat kata formal ini mampu memangkinkan sesuatu di jiwa saudara saudari di luar sana. Selamat membaca!

Tidak Ternilai

Hari ini hujan...Hujan turun dgn lebat, berhenti, lebat semula, dan berhenti.... boleh dikatakan, setiap hari rutin yang sama berlaku di sini. Aku suka pergi ke tingkap dan merenung jauh tanpa hala tuju. Mataku diarahkan ke mana sahaja tanpa ada garis panduan.

Bila direnung ke arah sedikit hijauan yg masih tertinggal di celah ibu kota ini, hatiku terdetik dan tertarik. Namun, pabila terus ditenung, lain pula rasa yg menginjak di benak sanubariku. Apa yg aku rasa? Aku rasa sayu, sedih, pilu. Hatiku terdetik lagi. Apakah yg aku rasa itu adalah disebabkan apa yang aku sedang lihat atau pun apa yang sedang aku rasa. Memang betul aku sunyi. Walaupun amat hingar keadaan di luar dengan pekikan jentera berat yang sedang rakus memusnahkan alam tinggalan nenek moyang kita.

Aku hampir menitiskan bendalir yang terkumpul dan berlenangan jumlahnya di mata. Akan tetapi, masih mampu dikawal perasaan ini. Aku sedar, aku amat mudah tersentuh hati dengan apa yang aku lalui. Aku menulis bukanlah semata mata untuk berkongsi sesuatu, bahkan aku gunakan ruang yang sedikit ini untuk menukil sesuatu yang mampu membuat kalian berfikir.
Aku bukanlah sempurna dari pelbagai sudut. Terlalu banyak kelemahan dalam diri dan mungkin salah satunya ialah apa yang aku sedang rasa sekarang.

Aku mula pasif, diam, membekukan jasad. Aku sedar yang kata kata yang keluar dari peti suara aku tidak dapat menyelesaikan apa apa. Yang mampu aku buat untuk masa ini hanyalah menulis di sini. Kenapa? Kerana kata dan perlakuanku ada yang membuatkan insan lain terluka. Memang aku tidak pernah terlintas dalam jiwa ini untuk mengguris hati sesiapa, tetapi mungkin kelemahan yang aku bawa dalam tubuh ini, aku terima. Aku terima dengan hati terbuka dan mulut tertutup serta bendalir mata yang siap sedia untuk jatuh. Aku tak tipu sesiapa dan tak pernah berminat menipu sesiapa. Tapi ada yang menaruh curiga atas perlakuanku. Aku terima. Noktah.