Friday, March 13, 2009

Faham & Tahu

Faham faham faham dan faham
Tahu tahu tahu dan tahu
Ape yg kau faham?
Ape yg kau tahu?
Bile faham tak semestinye kau tahu
Bile tahu kau tak semestinye faham
Aku faham dan kau tahu
Bile kaki aku lebih faham dari otak
Suatu musibah bakal memancar
Pancaran itu kadang kala kuat
Dan jarang menyepi

Tahu tahu tahu dan tahu
Malas nak tahu bile dah tahu
Buat tak tahu bile dah malu
Malu nak tahu sampai tersipu
Tahu menjana faham
Faham menjana nafsu
Nafsu meluap bile dah tahu
Jadinye terus faham dan tahu

Faham & tahu bukan merapu
Mencaci umpan sampai ke dagu
Payah nak faham bile tak tahu
Aku bosan! Bosan! Bosan!
Pesetankan semua yg nak tahu!
Pedulik hape ape yg kau faham!
Aku tak nak tahu!
Mahu tahu, mahu faham
Malu tahu, takkan faham
Sampai bile bile.

Tuesday, March 10, 2009

CHE GUEVARA - Revolusi dan Evolusi



Pade tanggal 14 Jun 1928, telah lahir satu ikon dunia yg pade aku mampu mencorak politik dunia mase kini. Sesetengah daripade masyarakat dunia meletakkannye sebagai komunis, pengganas pemberontak yang sentiase memikirkan cara cara untuk menentang kerajaan yg sedia ade. Tapi kebanyakannye mengangkatnye sebagai wira yg tak kan mati! Aku juge merupekan salah seorang daripade golongan yang mengangkatnye sedemikian rupe. tokoh atau ikon yang aku maksudkan ialah ERNESTO “CHE” GUEVARA. Omongan aku di sini bukanlah nk becerite panjang atau bersyarah dengan tajuk kenali CHE GUEVARA dan menceritekan biografi CHE. Kalau nk tau, pandai pandai lah tuan puan dan incek incek sekalian google. Senang je beb skrg ni. Semua ade dalam internet.

Revolusi. Revolusi merupakan satu perkataan yang begitu mudah disebut tetapi bukan senang untuk melakukannye. CHE merupakan pejuang revolusi yg bermati matian untuk menegakkan keadilan. Keadilan yang hamper pasti gagal dimiliki tetapi dengan usehe dan ikhtiar dan keizinan dari yang mengarahkan alam ni, CHE berjaye menggapai kejayaan! Ini lah yang menguatkan identifikasi CHE sebagai tokoh tername dunia. Daripada seorang doctor kepada pejuang, daripada pejuang menjadi pencetus revolusi dan akhirnya menjadi ikon dunia yang tak akan mati dan kehebatan serta iltizamnye terus hidup dan menyala sampai kiamat. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Aku rase, pade CHE, dia gune falsapah tu. Pade dia, yang amat penting atau pun menjadik priority adelah ‘movement’ yang dia bawak dan cetuskan dan bukan lah diri sendiri demi mengubah pentadbiran Cuba dan negara negara sekelilingnye. Dengan nilai murni yang ade dalam benak sanubari dia ni lah yang membuatkan dia berjaye diingati sampai bile bile.

Itulah revolusi yang CHE julang dan sanjung dan walaupun telah ditakdirkan dia mati ditembak pade 9 Oktober 1967 di Bolivia, semangat dan ketulusan hatinya berjuang tak pernah padam hingga hari ini. Akan tetapi, itu semua terjadi puluhan tahun dahulu dan kini mungkin revolusi tidak diperlukan lagi. Betol ke?? Aku rase itu semua karut!!! Kite mesti ade revolusi dan evolusi yang berterusan. Tak salah untuk berivolusi tetapi revolusi akan menjadi bahan paling hancing di dunia ni jike ia di jalankan dengan motif peribadi atau membalas dendam. Itulah erti revolusi bagi orang orang melayu sekarang. Tak habes habes nk memberontak.haha...aku becakap macam pemude umno plak kan! Haha...bukan macam tu, aku becakap atas dasar manusia biase yang ingin hidup aman damai di tanah yang dikenali sebagai ’BOLEH LAND’ ni. Tapi, ayat ayat aku tadi tu bukan lah bermaksud kite mesti patuh dengan semua bentuk arahan pentadbiran tanpa perlu membantah walaupun kite tahu yang hal itu tak betol dan terpesong. Weh geng, jgn jadik pak turut! Kene lah bangun dan bersuare.

TAPI, fikir lah dulu ape yang ko nk suare kan bukan main ikot je. Itulah hakikat melayu skrg..Huh~ Knape a aku pn bole melalut sampai sini...haha. Ok lah, balek mule pade topik asal. CHE. Pade aku, CHE aku angkat sebagai idola revolusi aku sampai bile bile. Aku sangat teruje sebab aku baru tau yang Steven Soderbergh telah pun menyiapkan dan menayangkan filem biografi CHE GUEVARA. Aku rase, aku lah salah sorang daripada manusia dalam dunie ni yg sangat hepi! Hepi gile sei! Lebih lebih lagi bile abang aku call dari Balik Papan, Indonesia bagitau yg dia dah beli dvd movie tu! Huh! Patotnye dah lame dah produser produser hollywood buat cite ni. Tapi xpe la. Mmg xsaba aku nak tgk. Sebelum ni pnah ade cite Motorcycle Diaries yang mengisahkan perjalanan CHE dari Argentina. Bukan lah full scope biography mcm filem Steven Soderbergh ni. Tapi yang lebih membuat aku teruja, filem ni ade 2 part!!!! Knape la director malaysia xnak buat cite cite biografi cm tu kn?? Pelik btol aku...seperkare yang membuatkan aku lebih teruje bile aku tgk actor yg bawak watak CHE, Benicio del Toro 99.99% serupe, seiras, sebijik mcm CHE! Gle hebat mat saleh buat filem... tak macam pembikin filem kite yg ramai yg teruk lagi yg baek.


Sekali lagi aku terpesong siket. haha. CHE sangat percaye pade revolusinye dan dan aku pule percaye kan dia dan ape yg diperjuangkannye. Itu lah hakikatnye. Tanpa keteguhan hati dengan kepercayaan yang tinggi terhadap asas yang dijuangkan, sudah pasti sekarang ini tiada kejayaan yang kite dapat lihat dan kecapi. Wahaha.. Falsafah sei. Akhir kate, HASTA LA VICTORIA SIEMPRE!

Friday, March 6, 2009

salam!

jari jemari aku gatal. semaken lame semaken gatal!. gatal nk menulis, menulis dan terus menulis! haha....dah lame nk meblogkan diri ini tapi xberkesempatan.kali ni br a aku berjaye menjayekan jari jemari aku yg jaya dengan jayenye untuk memblogkan diri. salam untuk semua. aku ame. muhammad muzamir bin abdul rahman. itu name penoh aku. timekaseh kt parent n atok aku kerane bagi aku name yg agak panjang, agak sedap, dan agak lain..(kot). haha...

aku rase stakat ni je aku bole tulis sebab dah nk balek keje dah ni...dah dah menunjukkan pukul 9.55pm. 5 menet lagi balek!! huhu...